Tuesday, December 15, 2009

Kempen Kitar Semula


Setiap hari kita membuang sampah dan sampah ini akan dilupuskan oleh pihak yang berkuasa untuk memastikan kebersihan terus terjaga. Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang oleh orang ramai akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh.

Kita boleh membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang dengan melakukan kitar semula. Sampah kitar semula boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu kaca, plastik, kertas dan aluminium. Setelah diasingkan sampah ini boleh di hantar ke pusat kitar semula atau ke pusat pungutan atau dimasukkan ke dalam tong sampah khas kitar semula.

Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna coklat. Barangan berasaskan kaca ini perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna oren.Semua jenis tin aluminium dan besi seperti tin minuman dan tin makanan juga boleh dikitar semula.

Semua kertas yang berwarna dan tidak berwarna seperti suratkhabar, majalah,katalog dan sebagainya juga boleh dikitar semula dan hendaklah menggunakan tong berwarna biru.Barangan berasaskan plastik seperti seperti beg membeli-belah, botol minuman, bekas makanan,dan seumpamanya perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna oren.

Kitar semula akan mengurangkan jumlah barangan buangan. Pencemaran juga dapat dikurangkan dan menyelamatkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Paling penting kitar semula meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup kita.

Oleh itu fikir dahulu sebelum membuang sampah. Segalanya perlu bermula dari rumah dan diri kita.

No comments:

Post a Comment